MyEm0.ComPlease Enter Ur Name Here!~~MyEm0.Com

26 January 2012

lelaki nsome vs lelaki x nsome :)

Kalau lelaki handsome pendiam
Perempuan akan cakap: woow, cool giler…
Kalau lelaki tak handsome pendiam
Perempuan akan cakap: eh perasan bagus…
Kalau lelaki handsome berbuat jahat
Perempuan akan kata: nobody’s perfect
Kalau lelaki tak handsome berbuat jahat
Perempuan akan cakap: memang…. muka pun macam pecah rumah!
Kalau lelaki handsome menolong perempuan yg diganggu
Perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam hero filem!
Kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu
Perempuan akan kata: entah2 kawan dia…
Kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik
Perempuan akan kata: sepadan sangat…
Kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik
Perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan tuh!
Kalau lelaki handsome ditinggal kekasih
Perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada..
Kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih
Perempuan akan kata:…(terdiam, tapi telunjuknya meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya)…
Kalau lelaki handsome penyayang binatang
Perempuan akan cakap: perasaannya halus…penuh kasih sayang
Kalau lelaki tak handsome penyayang binatang
Perempuan akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi…
Kalau lelaki handsome bawa BMW
Perempuan akan cakap: matching… hebat luar dalam
Kalau lelaki tak handsome bawa BMW
Perempuan akan cakap: bang, bosnya mana?…
Kalau lelaki handsome tak mau bergambar
Perempuan akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
Kalau lelaki tak handsome tak mau bergambar
Perempuan akan kata: tak sanggup melihat hasilnya ya?…
Kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan
Perempuan akan cakap:ini barulah lelaki gentlemen
Kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan
Perempuan akan cakap: naluri pembantu, memang begitu….
Kalau lelaki handsome bersedih hati
Perempuan akan cakap: let me be your shoulder to cry on
Kalau lelaki tak handsome bersedih hati
Perempuan akan kata: kuat nangis!! lelaki ke bukan ni?

14 January 2012

HIDUP HANYA PINJAMAN !~

 HIDUP hanyalah PINJAMAN semata. Tarikh mula PINJAMAN tercatat di sijil lahir/kad pengenalan kita iaitu tarikh kita dilahirkan didunia ini. Cuma, kalau kita pinjam buku kat libary akan tercatit tarikh pemulangan akan tetapi Allah rahsiakan tarikh pemulanganhidup kita agar kita sentiasa beringat dan bersyukur tiap kali kita bangun dari tidur kita masih dapat melihat dunia ini. Jika pinjaman buku di library, kita boleh buat sambunganpinjaman dan akan mendapat tarikh pemulangan yang baru. Jika terlewat pulang, kita hanya akan dikenakan denda bagi membayar harga kepada hari-hari yang terlewatkan. Akan tetapi, tarikh pemulangan hidup ini kepada Pencipta adalah muktamad. Tiada satu cara sekalipun untuk menyambung pinjaman itu. Sama-samalah kita renungkan. Adalah kita sentiasa menghargai dan bersyukur kepada kehidupan yang dipinjamkan selama ini??

Hidup itu mudah. Pada asasnya sangat mudah. Bangun pagi, memulakan kehidupan dan kewajipan seharian dan masuk tidur di malam hari.  Tetapi, jika setiap hari menjalankan rutin yang sama.. Hidup bagaikan mesin/robot. Sangat-sangat membosankan dan tidak memberikan sebarang erti. Tiada nilainya hidup ini dan kita tidak akan sesekalimenghargai hidup ini. Oleh itu, Allah wujudkan pelbagai perasaan, ujian, dugaan dan sebagainya agar kehidupan seharian kita penuh dengan warna warni dan mengajar kita untuk mengerti dan menghargai erti kehidupan yang dipinjamkan ini. Sehinggakan kita terlalu takut andai kehidupan yang dipinjamkan ini diambil kembali. Tiada lagi keindahan, kebahagiaan, susah payah berjuang untuk meneruskan kehidupan. Kita akan dibawa ke satu lagi kehidupan di alam lain yang kekal menjadi rahsia Ilahi. 


Hidup ini indah kerana ianya penuh dengan panca-roba dan berwarna-warni. Masalah dijadikan untuk menjadikan hidup ini lebih indah bukan untuk menghukum. Daripadamasalah kita akan lebih banyak belajar dan selalu akan mematangkan diri kita. Jangan dimarahkan pada takdir atau kejadian atau sekeliling andai sedang dilanda masalah. Selesaikan dengan bijak dan dengan fikiran yang waras dan tenang. Kerana masalahtakkan pernah habis, selepas satu masalah timbul dan dapat diselesaikan. Muncul pulamasalah baru. Dan kerana masalah itulah hidup kita lebih indah. Diri kita akan lebih kuat, lebih tabah, lebih bersedia dan juga lebih bijak. Daripada masalah itu juga, kita bisa mengenali siapakah sahabat dan siapakah musuh. Kita mudah mendapat seribu teman tatkala kita senang, tetapi terlalu sukar untuk mendapat seorang sahabat tatkala kita sedang dalam kesusahan. Jadi, seringkali berwaspada kepada teman ketika senang itu kerana kita pasti akan ditinggalkan tatkala kita memerlukan. Sahabat baik pada hari ini, belum tentu akan menjadi sahabat baik hingga ke akhir hayat. Mungkin juga sahabat itu akan menjadi musuh di masa hadapan sehinggakan kita menyesali bahawa kita pernah bersahabat dengannya pada hari ini. Menyesali kita pernah dipertemukan, pernah bersahabat, pernah berkorban demi kegembiraan sahabat itu dan segalanya yang pernah kita lakukan demi untuk sahabat itu. Hidup penuh misteri dan persoalan. Mungkin juga, seseorang yang pernah kita benci, x suka dan x pernah ingin untuk berkawan dengannya sebenarnya adalah sahabat terbaik untuk diri kita. Jadi, janganlah kita terlalu gembira dengan kehidupan hari ini kerana mungkin hari esok kita akan berdukaSentiasalah beringat-ingat dan bermuhasabah diri. Hidup xkan pernah sempurna dan tidak semua mimpi akan menjadi kenyataan. Dan kadang-kadang, lain yang dimimpikan lain pulak kenyataannya.

Sentiasalah hargai hidup yang dipinjamkan ini kerana bila-bila masa je ia boleh diambil kembali oleh pemberi pinjam iaitu Allah Yang Esa. Allah punya perancangan untuk diri kita, sebab tu kita hidup di dunia ini dan pastinya perancangan Allah itu adalah sesuatu yg terbaik untuk diri kita. Cuma, kadang-kadang tu..untuk mendapatkan yg terbaik, kita kena berusaha dengan sepenuh hati dan penuh keikhlasan selain doa dan tawakal mengharap restu Ilahi. Baru la nanti kita akan sangat-2 hargai apa yg direncanakan Allah untuk diri dan hidup kita.

'Sentiasa beringat. Hidup hanyalah pinjaman'

- tiada ada -

jika tiada yang ada,
maka ada yang tiada..

dunia berputar,
saling mengisi..
lengkap melengkapi,
setiap yang lain..
kurang hanya satu,
binasa segalanya..

raja siang sang mentari,
ratu malam sang rembulan..
bertemu kala fajar menyapa,
berpisah tika dinihari menyepi..

siang ada malam,
terang ada gelap..
baik ada jahat,
benar ada salah..
andai tiada salah satunya,
pasti akan hilang keduanya..
tanpa adanya gelap,
tiadalah mengenal terang..

ertinya karma,
ketentuan Ya Ilahi..
buktinya kuasa,
kebesaran Ya Robbul 'Izzatti.. 

13 November 2011

here me as a PENGGANGGUR..

Dulu kerja.. Apa pon x ada masa nak buad. Even nk rest pon x sempat. Sekarang ble da tukar occupation jadik  suri rumah a.k.a pengganggur terhormat nim x tahu ape pulak nk buad. Layan FB sampai bosan tahap dewa. And as a SINGLE mingle nim buad ak finin pulak. BF ramai.. GF pon ramai.. But d special one tu yg susah nk crik. Dulu ade sowg,x makan saman. Dtg pulak lg soang,kantoi ak close dgn soang lg jantan,hahaha.. Dtg lg yg laen lagi soang,terlampau budiman,last2 jmpe d rite one,jodoh pulak x panjang,x rety nk giv 'kesetiaan',awal2 aku tendang!~ HAHA! Haii.. belalang2.. Naseb laa kaw blalang.... Huuhuhu.. Bile partner x dew,kije xdew,kije ak mkn tdw.. Tdw mkn.. Mule2 mcm nie..



Lame2 x mustahil jadik cmnie.. 



Waa.. xmo x mo xmo !!! T.T



So d conclusion,xleh jdik pengganggur lamelame laa.. Hihihi.. :)))
CARI KERJA CARI KERJA !!


16 August 2011

lagu yang memberi 1001 makna buat ak:




Hatiku hatimu
Menjadi satu cinta
Ku rasa hadirmu menyempurnakan aku
Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya

Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini

Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya




12 March 2011

renungan bersama..

Bismillahirrahmanirrahim..

Kblakangan ni keadaan cuaca mkin sukar d ramal.. lihat saja bberapa hari lalu,bnjir luar musim mlanda 3 daerah d tmpt kita hingga mragut nyawa seorang penternak,slaen m'dtgkan krugian kpd pnduduk,termasuk petani.
semalam pula,satu dunia d kjutkan dgn gempa bumi,d ikuti tsunami yg ganas mnerjah bumi matahari terbit,JEPUN.
Mlihat vsual tragedi itu,terasa diri ini kecil,kerdil skali.. tergamam melihat bagaimana bangunan canggih d jepun,seolah2 brada d tgh laut.
Itulah kekuasaan Yang Maha Esa. bumi ini sudah terlalu tua. kita renungkan sendiri apa yg harus d lakukan pada saat usia bumi diibaratkan datuk yg sudah bertongkat.
Perlukah kita masih berlengah,berebut kuasa,jawatan,pangkat,mahupun kedudukan,sedangkan kita seharusnya juga berlumba2 mencari keredhaan Allah. masih ada peluang untuk kita cari pahala sebanyak mungkin..
Tuhan sudah beri byk signal.. signal supaya kita engat maty,engat sakit,imbas kembali apa yg telah kita buat sepanjang hayat ini.. cukupkah bekalan kita? apa persediaan kita untuk ke sana? ya,mmg bunyinya seperti ceramah agama,tapi sama2 lah kita saling beringat. insyaallah..

13 February 2011

YA ALLAH,jika aku jatuh cinta.cintakan lah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padamu,agar bertambah kekuatanku untuk menyintaimu....

YA MUHAIMIN,jika aku jatuh hati,izinkan aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padamu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu....
YA RABBANA,jika aku jatuh hati,jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatimu....
YA RABBUL IZZATI,jika aku rindu,rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid dijalanmu....
YA ALLAH,jika aku menikmati cinta kekasihmu,janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat disepertiga malam terakhirmu....
YA ALLAH,jika aku jatuh hati pada keksihmu,jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan pajang menyeru manusia kepadamu....
YA ALLAH,jika kau halalkan aku merindui keksihmu,jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya padamu....



DOAKU..
moga kita sama-sama berjaya didunia dan diakhirat.....
berjaya dalam mengharungi segala dugaan dan cadaran....
yang sememangnye menguji kekuatan iman....
kerana tapak iman itu lah yang menemukan cinta yang selama ini telah hilang....
SEMOGA CINTA YANG DICARI TELAH DITEMUI....
SEMOGA ALLAH MELETAKKAN KITA DIBAWAH PAYUNG RAHMAT KASIHNYA...