MyEm0.ComPlease Enter Ur Name Here!~~MyEm0.Com

14 January 2012

HIDUP HANYA PINJAMAN !~

 HIDUP hanyalah PINJAMAN semata. Tarikh mula PINJAMAN tercatat di sijil lahir/kad pengenalan kita iaitu tarikh kita dilahirkan didunia ini. Cuma, kalau kita pinjam buku kat libary akan tercatit tarikh pemulangan akan tetapi Allah rahsiakan tarikh pemulanganhidup kita agar kita sentiasa beringat dan bersyukur tiap kali kita bangun dari tidur kita masih dapat melihat dunia ini. Jika pinjaman buku di library, kita boleh buat sambunganpinjaman dan akan mendapat tarikh pemulangan yang baru. Jika terlewat pulang, kita hanya akan dikenakan denda bagi membayar harga kepada hari-hari yang terlewatkan. Akan tetapi, tarikh pemulangan hidup ini kepada Pencipta adalah muktamad. Tiada satu cara sekalipun untuk menyambung pinjaman itu. Sama-samalah kita renungkan. Adalah kita sentiasa menghargai dan bersyukur kepada kehidupan yang dipinjamkan selama ini??

Hidup itu mudah. Pada asasnya sangat mudah. Bangun pagi, memulakan kehidupan dan kewajipan seharian dan masuk tidur di malam hari.  Tetapi, jika setiap hari menjalankan rutin yang sama.. Hidup bagaikan mesin/robot. Sangat-sangat membosankan dan tidak memberikan sebarang erti. Tiada nilainya hidup ini dan kita tidak akan sesekalimenghargai hidup ini. Oleh itu, Allah wujudkan pelbagai perasaan, ujian, dugaan dan sebagainya agar kehidupan seharian kita penuh dengan warna warni dan mengajar kita untuk mengerti dan menghargai erti kehidupan yang dipinjamkan ini. Sehinggakan kita terlalu takut andai kehidupan yang dipinjamkan ini diambil kembali. Tiada lagi keindahan, kebahagiaan, susah payah berjuang untuk meneruskan kehidupan. Kita akan dibawa ke satu lagi kehidupan di alam lain yang kekal menjadi rahsia Ilahi. 


Hidup ini indah kerana ianya penuh dengan panca-roba dan berwarna-warni. Masalah dijadikan untuk menjadikan hidup ini lebih indah bukan untuk menghukum. Daripadamasalah kita akan lebih banyak belajar dan selalu akan mematangkan diri kita. Jangan dimarahkan pada takdir atau kejadian atau sekeliling andai sedang dilanda masalah. Selesaikan dengan bijak dan dengan fikiran yang waras dan tenang. Kerana masalahtakkan pernah habis, selepas satu masalah timbul dan dapat diselesaikan. Muncul pulamasalah baru. Dan kerana masalah itulah hidup kita lebih indah. Diri kita akan lebih kuat, lebih tabah, lebih bersedia dan juga lebih bijak. Daripada masalah itu juga, kita bisa mengenali siapakah sahabat dan siapakah musuh. Kita mudah mendapat seribu teman tatkala kita senang, tetapi terlalu sukar untuk mendapat seorang sahabat tatkala kita sedang dalam kesusahan. Jadi, seringkali berwaspada kepada teman ketika senang itu kerana kita pasti akan ditinggalkan tatkala kita memerlukan. Sahabat baik pada hari ini, belum tentu akan menjadi sahabat baik hingga ke akhir hayat. Mungkin juga sahabat itu akan menjadi musuh di masa hadapan sehinggakan kita menyesali bahawa kita pernah bersahabat dengannya pada hari ini. Menyesali kita pernah dipertemukan, pernah bersahabat, pernah berkorban demi kegembiraan sahabat itu dan segalanya yang pernah kita lakukan demi untuk sahabat itu. Hidup penuh misteri dan persoalan. Mungkin juga, seseorang yang pernah kita benci, x suka dan x pernah ingin untuk berkawan dengannya sebenarnya adalah sahabat terbaik untuk diri kita. Jadi, janganlah kita terlalu gembira dengan kehidupan hari ini kerana mungkin hari esok kita akan berdukaSentiasalah beringat-ingat dan bermuhasabah diri. Hidup xkan pernah sempurna dan tidak semua mimpi akan menjadi kenyataan. Dan kadang-kadang, lain yang dimimpikan lain pulak kenyataannya.

Sentiasalah hargai hidup yang dipinjamkan ini kerana bila-bila masa je ia boleh diambil kembali oleh pemberi pinjam iaitu Allah Yang Esa. Allah punya perancangan untuk diri kita, sebab tu kita hidup di dunia ini dan pastinya perancangan Allah itu adalah sesuatu yg terbaik untuk diri kita. Cuma, kadang-kadang tu..untuk mendapatkan yg terbaik, kita kena berusaha dengan sepenuh hati dan penuh keikhlasan selain doa dan tawakal mengharap restu Ilahi. Baru la nanti kita akan sangat-2 hargai apa yg direncanakan Allah untuk diri dan hidup kita.

'Sentiasa beringat. Hidup hanyalah pinjaman'

No comments:

Post a Comment